Web Toolbar by Wibiya

PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT



Perniagaan kedai runcit adalah satu cabang perniagaan yang amat baik dan menguntungkan  .Saya akan kongsikan  satu Panduan Ringkas Bagaimana memulakan Perniagaan Kedai Runcit.
PELAN PERANCANGAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT
Seperti yang saya terangkan sebelum ini, pelan adalah sangat mustahak. Dalam pelan Perniagaan Runcit, 4 perkara asas yang WAJIB diambil kira ialah;
Modal
Modal anda seharusnya berdasarkan kepada 5 perkara :
1.1             SEWA PREMIS
1.2             STOK BEKALAN-
1.3             UPAH PEKERJA-jika sekiranya anda mengupah tenaga orang lain untuk membantu anda
1.4             INSURANS   -Insurance pekerja (jika perlu), insuran stok
1.5             KOS OPERASI- Mesin, pengangkutan, elektrik, lessen perniagaan.
Lokasi Premis
Keuntungan perniagaan banyak bergantung kepada lokasi premis kedai runcit anda. Biasanya Perniagaan Kedai Runcit banyak beroperasi di Kawasan Perumahan di Bandar dan Kawasan Luar Bandar.
Sekiranya anda bercadang membuka perniagaan kedai Runcit di Bandar, besar kemungkinan anda mendapat saingan daripada HYPERMAKET seperti TESCO dan GIANT.
Sebaliknya, jika anda membuka Perniagaan Kedai Runcit diluar Bandar, saingan mungkin kurang sedikit.
Walaubagaimanapun, anda harus juga memerhatikan keadaan sekitarnya keranan kawasan Bandar sememangnya mempunyai penduduk yang ramai. Kawasan sekolah dan kawasan pelancongan juga merupakan pilihan lokasi yang menarik untuk dipertimbangkan.
 Pengurusan Operasi
Pengurusan operasi yang baik akan menjamin kemajuan perniagaan anda. Anda harus mengurus bekalan, mengurus sumber manusia, mengurus kewangan, mengurus kehendak pelanggan dan sebagainya. Paling penting jika anda mengupah pekerja ialah memastikan pekerja tersebut jujur, boleh dipercayai, mesra pelanggan dan BERINOVASI.
Manual kerja yang sistematik akan membantu pekerja anda yang baru menjalankan tugasnya dengan lebih lancar.
Pengetahuan 
Anda seharusnya sudah membuat kajian dan risikan sebelum memulakan perniagaan runcit. Terdapat panduan-panduan yang dapat membantu anda seperti e-buku dan majalah. Jangan lupa untuk bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman dalam perniagaan ini. Misalnya dimana bekalan yang murah dan tips-tips lain yang boleh membantu anda.
Belajarlah membuat perakaunan  - Untuk Syarikat dan Perniagaan. Sistem perakaunan yang sistematik membantu anda menilai prestasi perniagaan anda.
 RAHSIA  MELARISKAN JUALAN DAN MENJANA KEUNTUNGAN PERNIAGAAN KEDAI RUNCIT.
1.MEMBUAT KEJUTAN HARGA;
Katakanlah pesaing anda menjual sebiji ikan tin CAP X sebanyak RM3.00.Maka anda bolehlah meletakkan harga ikan tin CAP X dikedai anda dengan hargaRM2.99.
Percaya lah bahawa walaupun tidak semua harga barangan anda diturunkan, pelanggan tetap akan menilai harga dikedai anda lebih murah. Strategi ini sudah pasti akan membolehkan pelanggan tadi menjadi pelanggan berulang di kedai anda.
Apa yang penting jangan lah pula menurunkan harga terlalu banyak kerana ini akan merugikan anda.
2.MENGENALPASTI SEMUA KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN PENDUDUK DI KAWASAN TERSEBUT ‘AVAILABLE’ DI KEDAI ANDA.
Pelanggan biasanya lebih suka mengunjungi kedai runcit yang serba lengkap. Sediakanlah stok yang sentiasa mencukupi seperti makanan dapur, alat pencuci, makanan ringan, sehinggalah keperluan kecil seperti jarum, benang dan alat tulis. Stok2 lain termasuklah daging beku, ikan beku, dan sayur sayuran segar. 
Pendek kata, ikut keperluan penduduk, lebih ramai penduduk, maka lebih banyak keperluan yang hendak dibeli.
Pastikan keperluan semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak sehinggalah orang tua ada tersedia.
Alangkah baiknya jika kedai anda menyediakan makanan sudah siap di masak seperti mee goreng bungkus, nasi lemak, Bun, Pau dan Pizza dan kuih muih tempatan.
3.BERIKAN PERKHIDMATAN YANG TERBAIK.
Tahukah anda, perkhidmatan terbaik adalah salah satu Rahsia Rezeki
Mengikut pengalaman saya, tauke kedai runcit yang tidak mesra pelanggan tidak akan disukai oleh pembeli. Sediakan lah juruwang yang mahir supaya pelanggan tidak tertunggu-tunggu menunggu giliran. Lantik pekerja yang bersih, berdisiplin dan suka membantu. Berikanlah perkhidmatan sebaik mungkin.
4. SUSUN ATUR BARANG-BARANG DI KEDAI
Susun  barang-barang di kedai anda mengikut kategori supaya mudah ditemui pelanggan. Sebaiknya biarkan kedai anda penuh dengan barang-barang jualan kerana jika sekiranya terdapat rak yang kosong ini mempengaruhi mood pembeli. Rak yang kosong menggambarkan kedai anda tidak maju!! Tidak berdaya saing.
Pencahayaan lampu yang terang adalah lebih baik daripada lampu yang gelap.
Jangan letakkan alat-alat yang tidak dijual diletakkan dikedai anda seperti penyapu, tong sampah dan alat-alat peribadi.
 5.TAMBAH HAD MASA OPERASI
Strategi ini  jarang dilakukan dikawasan Bandar oleh kerana terdapat undang-undang yang mengehadkan waktu operasi sesebuah premis perniagaani.
Walabagaimanapun, sekiranya kedai runcit anda berada di luar kawasan pihak berkuasa tempatan, strategy ini memang berkesan. Pelanggan sentiasa mencari kelengkapan meskipun selepas jam 10 malam. Apa yang penting disini, sediakan alat keleselamatan di kedai anda seperti  kunci dan pintu berjeriji.
 6.SURAT KHABAR DAN PREPAID RELOAD
Sediakan alat-alat keperluan yang lain. Setiap hari orang pasti membeli surat khabar. Begitu juga top-up reload prepaid. Walaupun ini bukan bisness utama anda, ianya boleh dipertimbangkan kerana ia merupakan keperluan pada masa kini malah menjadi satu kewajipan asas di setiap kedai runcit sekarang.