Web Toolbar by Wibiya

PERNIAGAAN KEDAI PRINTING



Membuka perniagaan kedai printing pada asasnya memerlukan perkara-perkara berikut;
1. Pekerja
2. Mesin
3. Premis
4. Bahan-bahan 

Kebiasaannya Kedai Printing di bahagikan kepada 2 kategori utama iaitu
1. Kedai phototat dan alat tulis
2. Kedai printing untuk souvenior dan banner

KEDAI PHOTOSTAT DAN ALAT TULIS :
Perniagaan Kedai photostat tidak memerlukan pekerja yang ramai, malah ianya boleh dijalankan dengan hanya satu orang pekerja yang mahir menggunakan mesin. Walaubagaimanapun jika anda bercadang meluaskan perniagaan anda termasuk membekalkan perkhidmatan menaip dan failing anda mungkin memerlukan1-5  pekerja.

LANGKAH-LANGKAH MEMULAKAN PERNIAGAAN KEDAI PRINTING :
1.Buat pelan perancangan
2.Cari Lokasi yang sesuai. Lokasi yang paling sesuai ialah berdekatan sekolah, universiti dan kawasan berdekatan perumahan.
3.Dapatkan kelengkapan . Kelengkapan yang paling utama ialah Mesin Photostat. Pada ketika ini syarikat syarikat yang telahpun berada lama dalam industri ini ialah XEROX, CANON, RECOR dan MINOLTA. Terdapat juga company yang memberikan perkhidmatan secara sewa. Harga bagi setiap mesin ini pula bergantung kepada keupayaan sesebuah mesin tersebut. Bagi yang baru ingin bermula dengan kos rendah, mesin tersebut boleh dibeli di  antara 1K hingga 15K. Buatlah kajian sebelum anda membeli mesin yang anda perlukan. Disamping mesin photostat, kertas, ink, mesin binding dan sebagainya haruslah diambil kira.
4.Lantik pekerja.Jumlah pekerja bergantung kepada skop perniagaan yang anda ingin lakukan. Kebiasaanya, pekerja yang bekerja dalam bidang ini tidak memerlukan pengalaman. Apa yang penting ialah pekerja anda harus pandai menggunakan mesin-mesin pencetak yang anda beli lagipun untuk belajar menggunakan mesin tidaklah mengambil masa yang lama. Walaubagaimanapun, anda harus mengenalpasti pekerja yang berdisiplin dan bersedia menuruti arahan.
5.Buat Promosi. Buat permulaan buat lah promosi seperti banner dan diskaun supaya pelanggan menyedari bahawa terdapat mesin photostat yang telah dibuka.
6.Kembangkan Perniagaan Kedai Printing Anda, Setelah perniagaan anda sudah stabil, fikirkan untuk mengembangkan skop perniagaan anda.

KEDAI PRINTING SOUVENIOR DAN BANNER :
Berbeza dengan kedai photostat tadi, penyediaan kos bagi Kedai Printing dan Souvenior adalah bergantung kepada servis yang hendak anda tawarkan.
Sasaran pelanggan juga adalah berbeza kerana ia lebih mengutamakan pelanggan-pelanggan korporat, persatuan, dan pasukan sukan,
Antara jenis-jenis mesin yang popular ialah Digital Combo Heat Machine untuk cetak baju dan Mug Press Machine untuk cetak mug souvenior. 
Selain 2 jenis kedai printing di atas, Kedai Printing Digital pula lebih mengutamakan perkhidmatan print gambar digital. Perkhidmatan yang ditawarkai termasuklah  print dan edit gambar. 
Sampai di sini sahaja.Selamat maju jaya!